Sak Cheng Lum

Tan Sri Dato' Dr. Sak Cheng Lum (Cina: 石清霖) adalah ahli politik Barisan Nasional/MCA di Bagan Jermal negeri Pulau Pinang . Sak Cheng Lum pernah menjadi pengerusi MCA Pulau Pinang dan menjadi Senator dan menjadi Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (1990-1995) .

Beliau lulusan jurusan perubatan dari Universiti Singapura pada 1968.

Beliau menjadi pengarah UTAR Sdn Bhd dan ahli Lembaga Pengarah Kolej Tunku Abdul Rahman dan pengarah bukan eksekutif Star Publication sejak 1 November 2001.