Sailor Moon (watak)
| Sailor Moon | |
|---|---|
| Watak Sailor Moon | |
Super Sailor Moon. | |
| Kemunculan pertama |
(Lihat bawah) |
| Dicipta oleh |
Naoko Takeuchi |
| Dilakonkan oleh |
(Lihat bawah) |
| Profil | |
| Gelaran | Usagi Tsukino Puteri Serenity Permaisuri Baru Serenity |
| Kesetiaan |
Serikandi Sailor |
| Kebolehan |
Serangan berkaitan dengan cahaya (terutama cahaya bulan) dan cinta. Keupayaan untuk menyembuh. |
| Adaptasi Inggeris | |
| Nama |
Serena "Bunny" Tsukino |
| Lain-lain |
Puteri Serena (DiC) |
Sailor Moon (セーラームーン, Sērā Mūn) merupakan watak rekaan dalam siri Sailor Moon dan merupakan protagonis utama francais tersebut, begitu juga dengan nama watak. Nama biasanya ialah Usagi Tsukino (月野 うさぎ, Tsukino Usagi). Dia merupakan gadis pelajar sekolah yang ceria yang mampu bertukar menjadi ketua kepada watak-watak utama, Sailor Senshi.
Disebabkan kepopularannya di serata negara, dan juga gaya rambut bebola yang menonjol, dia merupakan watak ikon anime yang paling mudah dikenali di seluruh dunia. Dia juga merupakan satu-satunya watak yang muncul dalam semua 200 episod anime, dan muncul dalam semua 52 babak manga dan semua 51 babak dalam siri lakonan sebenar.