Saharul Ridzwan

Saharul Ridzwan
Kelahiran
Muhammad Saharul Ridzwan bin Hashim

(1989-01-26) 26 Januari 1989
PendidikanDiploma Teknologi Penyelenggaraan Pesawat
PekerjaanPelakon, penyanyi, model, ahli perniagaan
Tahun aktif2011–2021
Ketinggian5 ft 10 in (1.78 m)
PasanganQaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir (k. 2016)
Anak-anak2

Muhammad Saharul Ridzwan Hashim (sebelum ini dikreditkan sebagai Syarul Ridzwan; lahir 26 Januari 1989) merupakan seorang pelakon, penyanyi dan model Malaysia. Beliau merupakan finalis Hero Remaja 2011/2012 dan telah membintangi beberapa siri televisyen termasuk Romi Cinta Julia (2014), Hati Perempuan (2015), Kau Aku Kita (2015), Seindah Takdir Cinta (2016), Arluna (2017), Jangan Benci Cintaku (2018), 30 Pesanan Suara (2019) dan Korban Kasih (2020). Pada tahun 2017, Saharul memulakan kerjaya muziknya dengan merakamkan single pertamanya "Buku Putih".