Sa'ad ibn Abi Waqqas
| Sa'ad ibn Abi Waqqas | |
|---|---|
| Kesetiaan | Khulafa al-Rasyidin |
| Perkhidmatan | Tentera Khulafah Al-Rasyidin |
| Tahun perkhidmatan | 636-644 |
| Pangkat | Komander Gabenor di Ctesiphon (637-638) Gabenor di Bushra (638-644), (645-646) |
| Arahan | Penaklukan al-Rashidin ke atas Empayar Parsi |
Sa'ad ibn Abi Waqqas (Arab: سعد بن أبي وقاص) ialah salah seorang sahabat terawal memasuki Islam pada 610-11. Beliau berpangkat bapa saudara kepada Nabi Muhammad s.a.w. kerana beliau merupakan sepupu ibu bagainda Aminah binti Wahab yang merupakan suku kaum Bani Zuhrah dan berasal dari kota Makkah. Beliau mempunyai tubuh yang agak rendah tetapi tegap. Rambutnya hitam dan lebat. Beliau memeluk agama Islam ketika berumur 17 tahun.
Sa`d terkenal kerana peranannya dalam penaklukan Empayar Parsi pada 636 dan pemergiannya ke China pada 616 dan 651.