Tentera Khulafah Al-Rasyidin
| Tentera Al-Rasyidin | |
|---|---|
| Terlibat dalam Peperangan Khulafa al-Rasyidin Penaklukan oleh Muslim | |
| Aktif | 632 - 661 AD |
| Ideologi | Jihad |
| Pemimpin | Khalifah (Amir al-Mu'minin, "Pemimpin orang beriman") |
| Ibu pejabat | Madinah, Kufa |
| Kawasan operasi |
Timur Tengah, Afrika Utara, Caucasus, Transoxiana, Anatolia, Bactria, Parsi, Balochistan, Mediterranean, Semenanjung Iberia. |
| Sebahagian dari | Kekhalifahan Khulafa al-Rasyidin |
| Lawan | Arab, Empayar Sassanid, Empayar Byzantine, Ghassaniyyah, Lakhmiyyah, Berber, Kekhanan Khazar, Visigoth, dan lain-lain |
Tentera Khulafah Al-Rasyidin atau tentera darat Al-Rasyidin merupakan ketumbukan utama angkatan tentera Khulafah Al-Rasyidin sewaktu penaklukan yang dilakukan oleh tentera Islam pada kurun ketujuh, bersama-sama tentera laut Al-Rasyidin. Tentera darat Al-Rasyidin mengekalkan tahap disiplin yang tinggi, kehandalan dari segi strategi dan teratur.
Pada zamannya tentera Al-Rasyidin merupakan satu daripada ketumbukan tentera yang kuat dan berkesan. Pada awalnya besarnya tentera Al-Rasyidin ialah 13,000 anggota dalam tahun 632 M tetapi berkembanga menjadi 100,000 orang menjelang tahun 657. Panglima-panglima tentera Al-Rasyidin yang paling berjaya ialah Khalid ibn al-Walid yang menawan Mesopotamia Parsi dan Syria Romawi, dan Amr ibn al-As yang menawan Mesir Romawi.