Sukan Malaysia
Logo Sukan Malaysia | |
| Edisi pertama | Sukan Malaysia 1986 di Kuala Lumpur |
|---|---|
| Diadakan pada setiap | dua tahun |
| Edisi terakhir | Sukan Malaysia 2024 di wilayah Sarawak |
| Edisi seterusnya | Sukan Malaysia 2026 di negeri Selangor |
| Kegunaan | Kejohanan pelbagai acara untuk setiap negeri di Malaysia |
| Laman sesawang | Majlis Sukan Negara Malaysia |
Sukan Malaysia atau ringkasnya SUKMA adalah satu acara sukan peringkat kebangsaan di bawah anjuran Majlis Sukan Negara Malaysia, Majlis-Majlis Sukan Negeri, Majlis Sukan Sekolah Sekolah Malaysia (MSSM), Majlis Sukan Universiti Malaysia, dan Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia.
SUKMA adalah merupakan kejohanan 'beraneka sukan' (multi-sports competition) dan berkonsepkan 'Mini Sukan Olimpik' di Malaysia yang melibatkan atlet remaja. SUKMA diadakan secara tahunan untuk mencungkil bakat atlet-atlet remaja di peringkat negeri dan daerah bagi menggalakkan penglibatan secara mendalam dalam sukan yang dipertandingkan.