STOBAR

STOBAR (Short Take-Off But Arrested Recovery) adalah sebuah sistem yang digunakan untuk melancarkan dan mendaratkan pesawat di dek penerbangan sebuah kapal pengangkut pesawat, yang mana menggabungkan kedua-dua unsur pelepasan pendek dan pendaratan menegak (STOVL) dengan pelepasan dan pendaratan terbantu manjanik (CATOBAR).

Pesawat berlepas dengan menggunakan kuasanya sendiri menggunakan sebuah lompatan ski (bukannya menggunakan sebuah manjanik sepertimana kebanyakan kapal pengangkut pesawat). Sistem konvesional ini banyak menggunakan pesawat STOVL, dan memerlukan kabel penangkap untuk mendaratkannya di kapal. Sistem STOBAR adalah lebih ringkas untuk dibina berbanding CATOBAR — tetapi hanya boleh digunakan dengan pesawat yang memiliki kadar tujahan kepada berat yang tinggi. Setakat tahun 2015, ia biasanya hanya digunakan pada kapal pengangkut pesawat milik Rusia, India, dan China.