CATOBAR
CATOBAR (Catapult Assisted Take-Off But Arrested Recovery atau Catapult Assisted Take-Off Barrier Arrested Recovery) adalah sejenis sistem yang digunakan untuk melancarkan dan mendaratkan pesawat di atas sebuah kapal pengangkut pesawat. Dengan menggunakan teknik ini, sebuah pesawat akan dilepaskan dengan menggunakan sebuah manjanik-terbantu pelepasan dan mendarat di atas kapal dengan menggunakan wayar penangkap.
Meskipun sistem ini lebih mahal berbanding cara-cara lain, ia lebih fleksibel dalam operasi di atas kapal pengangkut pesawat, di sebabkan ia kurang bergantung pada unsur-unsur rekabentuk tunggal pada pesawat kepak kaku berbanding sistem-sistem seperti STOVL atau STOBAR, yang mana membolehkan beban persenjatan atau bahan api yang lebih berat boleh dibawa oleh pesawat. CATOBAR boleh melancarkan pesawat yang memiliki kekurangan kadar tujahan kepada berat, termasuk pesawat bukan tempur seperti E-2 Hawkeye dan Grumman C-2 Greyhound.