SATU Konsert Eksklusif Dato' Siti Nurhaliza
| SATU Konsert Eksklusif Dato' Siti Nurhaliza | |
|---|---|
| Konsert jelajah oleh Siti Nurhaliza | |
Poster promosi konsert SATU Siti Nurhaliza | |
| Lokasi | Kuala Lumpur, Malaysia |
| Tempat | Istana Budaya |
| Tarikh mula | 26 Jun 2009 |
| Tarikh tamat | 28 Jun 2009 |
| Putaran | 1 |
| Jumlah persembahan | 3 di Asia |
| Kronologi konsert Siti Nurhaliza | |
SATU Konsert Eksklusif Dato' Siti Nurhaliza (dirujuk sebagai SATU) merupakan konsert keenam dan konsert solo kelapan oleh penyanyi pop Malaysia Siti Nurhaliza untuk mempromosikan album studio ke-13, Lentera Timur dan sempena Hari Bapa pada 21 Jun. Konsert ini adalah konsert teater pertama beliau yang terbesar.
Ia juga merupakan konsert keduanya yang diadakan di Istana Budaya dengan menyampaikan lagu-lagu secara penuh dan medley dari albumnya sendiri bermula daripada album Siti Nurhaliza (1996) sehingga album Lentera Timur (2008).