Rumus jisim separa empirik
Dalam fizik nuklear, rumus jisim separa empirik, kadang kala dikenali sebagai rumus Weizsäcker, iaitu rumus untuk menganggarkan jisim dan ciri lain bagi nukleus atom. Seperti juga namanya, ia sebahagiannya diasaskan daripada teori dan sebahagian lagi pengukuran empirik; teori berdasarkan "model titisan cecair", dan boleh digunakan bagi kebanyakan sebutan dalam rumus, dan memberikan anggaran secara kasar bagi nilai pekali. Ia dirumuskan pada kali pertama pada 1935 oleh ahli fizik Jerman, Carl von Weizsäcker, dan walaupun pengubahsuaian telah dilakukan terhadap pekali saban tahun, bentuk rumus masih tidak berubah hingga kini.
Rumus ini tidak sepatutnya dikelirukan dengan rumus jisim oleh pelajar Weizsäcker, Burkhard Heim.
Rumus ini memberikan penganggaran yang baik bagi jisim atom dan beberapa kesan yang lain, tetapi tidak menerangkan kewujudan bilangan ajaib.