Bilangan ajaib
Dalam fizik nuklear, bilangan ajaib merupakan bilangan nukleon (sama adaproton atau neutron) yang perlu disusun untuk membentuk petala lengkap dalam nukleus atom. Bilangan ajaib yang tujuh itu sehingga 2007 pada
Nukleus atom yang mengandungi bilangan ajaib bagi nukleon mempunyai purata tenaga ikatan per nukleon yang tinggi berbanding yang dijangka melalui ramalan seperti rumus jisim separa empirik dan lebih stabil untuk tidak berlakunya pereputan nuklear.
Kestabilan yang aneh bagi isotop yang mempunyai bilangan ajaib bermakna unsur transuranium boleh dicipta dengan menggunakan nukleus yang sangat besar tetapi tidak tertakluk kepada pereputan radioaktif yang terlampau cepat yang lazimnya berlaku pada nombor atom yang tinggi (hingga 2007, isotop yang paling lama hidup yang diketahui antara semua unsur antara 110 dan 120 bertahan hanya 12 min., seterusnya 22 saat). Isotop yang besar mempunyai bilangan ajaib bagi nukleon yang dikatakan wujud dalam pulau kestabilan. Tidak seperti bilangan ajaib 2-126, yang direalisasikan dalam nukleus sfera, pengiraan melalui teori meramalkan bahawa nukleus dalam pulau kestabilan adalah tidak berbentuk. Sebelum ini diketahui, bilangan ajaib yang lebih tinggi, seperti 184, dikatakan mempunyai bentuk sfera seperti yang diramalkan oleh pengiraan mudah. Kini dipercayai bahawa turutan bilangan ajaib sfera tidak boleh dipanjangkan begitu rupa.