Rudyard Kipling

Rudyard Kipling
Fotogravur (1926)
PekerjaanPengarang cerpen, Novelis, Pemuisi, Wartawan
WarganegaraBritish
GenreCerpen, novel, kesusasteraan kanak-kanak, puisi, kesusasteraan pelancongan, cereka sains
SubjekIndia
Karya terkenalThe Jungle Books
Just So Stories
Kim
AnugerahHadiah Nobel dalam kesusasteraan (1907)
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox pengarang dengan parameter "birthdate" yang tidak diketahui
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox pengarang dengan parameter "birthplace" yang tidak diketahui
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox pengarang dengan parameter "birthname" yang tidak diketahui
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox pengarang dengan parameter "deathdate" yang tidak diketahui
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox pengarang dengan parameter "influenced" yang tidak diketahui
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox pengarang dengan parameter "deathplace" yang tidak diketahui

Joseph Rudyard Kipling (30 Disember 1865 – 18 Januari 1936) ialah seorang pengarang dan pemuisi berbangsa British kelahiran Bombay, di India British, yang terkenal sekali kerana karya-karya cereka The Jungle Book (1894) (koleksi cerita yang mengandungi Rikki-Tikki-Tavi), Kim (1901) (kisah pengembaraan); cerpen The Man Who Would Be King(1888); dan puisi Mandalay (1890), Gunga Din (1890), dan If— (1910). Beliau disanjungi sebagai seorang "pembaharu utama dalam seni cerpen"; di samping karya sastera kanak-kanak klasik yang tidak lapuk dek zaman, segala karya terbaik ciptaan beliau merupakan kurniaan yang serba guna dan jelas naratifnya kepada dunia sastera.

Kipling ialah salah seorang tokoh penulisan bahasa Inggeris yang tersohor dalam bidang prosa dan puisi pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Henry James mengulas: "Pada pandangan peribadi saya, Kipling merupakan insan terlengkap dari segi genius (berbeza dengan kepintaran terbaik) yang pernah saya kenali." Pada tahun 1907, beliau dikurniakan anugerah Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan, menjadikan penulis bahasa Inggeris pertama yang menerima hadiah tersebut, dan hingga kini masih memegang rekod sebagai penerima termuda hadiah ini.

Menjelang akhir hayatnya, Kipling diberi jolokan (oleh George Orwell, antara lainnya) sebagai "penanjur imperialisme British." Ramai yang mentafsir anasir-anasir prejudis dan militarisme dalam karya-karyanya, menyebabkan beliau diselubungi kontroversi sepanjang abad ke-20. Menurut ulasan Douglas Kerr: "Beliau masih kekal sebagai pengarang yang boleh mengilhamkan pertentangan pendapat yang mendalam, dan tempatnya dalam sejarah sastera dan kebudayaan masih belum tetap lagi. Sungguhpun demikian, pada zaman kemerosotan empayar-empayar Eropah, beliau diiktiraf sebagai pentafsir pengalaman empayar yang tiada bandingannya, biarpun mengundang kontroversi. Itulah, selain limpah-limpahan pengiktirafan kepada anugerah naratifnya yang luar biasa, yang menjadikannya sebagai seorang tokoh yang disegani."