Ruben Amorim
|
Amorim melatih Sporting CP pada 2024 | |||
| Maklumat peribadi | |||
|---|---|---|---|
| Nama penuh | Rúben Filipe Marques Amorim | ||
| Tarikh lahir | 27 Januari 1985 | ||
| Tempat lahir | Lisbon, Portugal | ||
| Ketinggian | 178 cm (5 ka 10 in) | ||
| Posisi permainan | Pemain tengah | ||
| Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Sporting CP (jurulatih) | ||
| Kerjaya remaja | |||
| 1998–2000 | Clube Atlético Cultural | ||
| 2000–2002 | Benfica | ||
| 2002–2003 | Belenenses | ||
| Kerjaya Senior* | |||
| Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
| 2003–2008 | Belenenses | 96 | (4) |
| 2008–2017 | Benfica | 95 | (5) |
| 2012–2013 | → Braga (pinjaman) | 30 | (4) |
| 2015–2016 | → Al-Wakrah (pinjaman) | 14 | (2) |
| Jumlah | 237 | (15) | |
| Pasukan kebangsaan | |||
| 2003 | Portugal B18 | 3 | (0) |
| 2003–2004 | Portugal B19 | 13 | (0) |
| 2004–2005 | Portugal B20 | 13 | (0) |
| 2005–2008 | Portugal B21 | 10 | (0) |
| 2010–2014 | Portugal | 14 | (0) |
| Pasukan diurus | |||
| 2018–2019 | Casa Pia | ||
| 2019 | Braga B | ||
| 2019–2020 | Braga | ||
| 2020–2024 | Sporting CP | ||
| 2024– | Manchester United | ||
| * Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik | |||
Ruben Filipe Marques Amorim (sebutan Portugis: [ˈʁubɛn ɐmuˈɾĩ]; lahir 27 Januari 1985) ialah pemain bola sepak profesional Portugal yang telah bersara dan jurulatih bola sepak untuk kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester United.
Sebagai seorang pemain bola sepak footballer, Amorim bermain sebagai pemain tengah. Beliau menghabiskan sebahagian besar kerjayanya berkhidmat untuk Belenenses dan Benfica, menanda tangani kontrak bersama Benfica pada 2008 kemudian memenangi tiga gelar liga, satu Taça de Portugal, lima Taças da Liga dan satu Supertaça Cândido de Oliveira. Amorim mewakili Portugal di dua Piala Dunia FIFA.
Beliau berkhidmat untuk kelab Qatar Al Wakrah secara pinjaman pada 2016. Selepasnya beliau memutuskan bersara pada 2017 dan melanjutkan kerjayanya di sukan bola sepak dengan melatih Casa Pia pada 2018. Semasa melatih kelab itu, ada pertengkaran besar di antara Amorim dan Persekutuan Bola Sepak Portugal (FPF). Selepasnya ia melatih Braga B, sebelum melatih skuad utama pada Disember 2019, berjaya menjulang Taça da Liga 2020.
Pada Mac 2020, Amorim ditunjuk oleh Sporting CP sebagai jurulatih baharu dengan nilai transfer €10 juta. Amorim ialah salah satu jurulatih dengan yuran paling mahal. Pada musim 2020–21 dan 2023–24, ia memenangi Jurulatih Terbaik Tahunan Liga Primeira. Beliau kemudian membawa mereka ke satu lagi gelaran Liga Primeira dalam 2023–24, dinamakan untuk kali kedua sebagai Pengurus Terbaik Liga Primeira. Beliau meninggalkan kelab itu untuk Manchester United pada 2024.