Ruak-ruak Biasa

Ruak-ruak
Wak-wak
Burung dewasa di Singapura
Bunyi ruak-ruak, Bangalore
Pengelasan saintifik
Domain: Eukaryota
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Gruiformes
Keluarga: Rallidae
Genus: Amaurornis
Spesies:
A. phoenicurus
Nama binomial
Amaurornis phoenicurus
Pennant, 1769
     anggaran taburan
Sinonim

Erythra phoenicura

Ruak-ruak Biasa, Ruak-ruak (Jawi: رواق٢) atau wak-wak (Jawi: واق٢; ) atau Kareo Padi nama saintifik: Amaurornis phoenicurus) ialah salah satu spesies burung keluarga Rallidae. Taburan spesies ini tersebar luas di India dan Sri Lanka, selatan tanah besar China, serta Asia Tenggara terutamanya di Semenanjung Malaysia, Filipina, Sulawesi, Sunda Besar dan Nusa Tenggara.

Burung ini dapat ditemukan merandai di rumputan dan tanah basah bertakung air seperti paya rawa, semak belukar, sawah padi, hutan bakau malah juga parit-parit tepi jalan, padang dan taman. Burung ini biasa terdapat berhampiran penempatan manusia tetapi amat sukar dilihat kerana ia akan terbang atau berlari menyorok apabila menyedari manusia menghampirinya.