Rozita Rohaizad

Rozita Rohaizad
Rozita di acara WikiKata Bahasa Jawa 2, Keraton Mbah Anang, Johor pada Jun 2024.
Kelahiran
Sharifah @ Siti Roswita Binti Hamid

1957 (umur 67–68)
PekerjaanPenyanyi, pelakon
Tahun aktif1978–kini
Ibu bapaMariani Ismail (ibu)
H. M. Rohaizad (bapa)
SaudaraPuan Sri Saloma (ibu saudara)
Tan Sri P. Ramlee (bapa saudara)

Rozita Rohaizad seorang penyanyi dan pelakon Malaysia yang berbakat dan serba boleh. Berasal daripada keluarga berdarah seni, ibu bapanya seniwati Mariani Ismail dan H. M. Rohaizad manakala ibu saudara dan bapa saudaranya ialah biduanita Puan Sri Saloma dan Tan Sri P. Ramlee.

Ibunya Mariani atau nama sebenarnya Siti Mariam Ismail yang juga kakak kepada Saloma terkenal melalui lakonannya dalam filem Tiga Abdul, Labu Labi, Masam Masam Manis manakala bapanya H. M. Rohaizad adalah penulis lirik lagu Hujan di Tengah Hari juga merupakan penulis skrip filem Seniman Bujang Lapok. Antara ahli keluarga lain yang terlibat dengan industri hiburan ialah pelakon Melissa Saila