Rowan Atkinson

Rowan Atkinson
CBE
Atkinson pada maljlis tayangan perdana filem Johnny English Reborn pada 2011.
Nama lahirRowan Sebastian Atkinson
Kelahiran (1955-01-06) 6 Januari 1955
Consett, County Durham, UK
MediaPelawak, televisyen, filem
Pusat pendidikanThe Queen's College, Oxford
Tahun aktif1978–kini
GenreKomedi fizikal, komedi gelap, satira
PengaruhPeter Sellers, Charlie Chaplin, Jacques Tati, Spike Milligan
Dipengaruhi olehSteve Pemberton
David Walliams
Sacha Baron Cohen
Rik Mayall
Steve Punt
Henry Naylor
Mitchell and Webb
PasanganSunetra Sastry (k. 1990; c. 2015)
Anak2
SaudaraRodney Atkinson

Rowan Sebastian Atkinson, CBE (lahir 6 Januari 1955) atau lebih dikenali sebagai Rowan Atkinson ialah seorang pelakon, pelawak, dan penulis skrip England terkenal dengan hasil karyanya di sitkom Blackadder dan Mr. Bean. Atkinson pertama kali mencapai kemashyuran menerusi rancangan komedi sketsa BBC Not the Nine O'Clock News (1979–82), menerima Anugerah BAFTA 1981 bagi Persembahan Hiburan Terbaik dan melalui penyertaannya di The Secret Policeman's Ball dari 1979. Karyanya yang lain termasuk filem James Bond 1983 Never Say Never Again, Four Weddings and a Funeral (1994), meminjamkan suara bagi watak Zazu dalam The Lion King (1994), dan tampil dalam sitkom BBC The Thin Blue Line (1995–1996). Hasil karyanya di teater termasuk penghidupan semula muzikal West End 1983 Oliver!.

Atkinson telah disenaraikan di The Observer sebagai salah seorang daripada 50 pelakon paling lucu dalam komedi British, dan diantara 50 pelawak, dalam undian 2005 bagi pelawak felo. Selain Anugerah BAFTA 1981, beliau menerima Anugerah Olivier 1981 untuk persembahan teater West End Rowan Atkinson in Revue. Beliau juga mempunyai kejayaan sinematik dengan persembahannya dalam adaptasi filem Mr. Bean, Bean dan Mr. Bean's Holiday, dan juga dalam Johnny English (2003) dan kesinambungannya Johnny English Reborn (2011).