Roti kaya bakar

Kaya toast
Roti kaya bakar (Kaya toast)
JenisMakanan 
Jenis sajianMakanan pokok
Tempat asal Singapura
Kawasan/rantauAsia Tenggara
Dicipta olehSingapura
Suhu penghidanganPanas
Bahan utamaSeri kaya
sunting ยท sunting di Wikidata

Roti kaya bakar, dikenali secara meluas sebagai Kaya toast, ialah suatu hidangan masyhur di kalangan rakyat Singapura di mana seri kaya merupakan salah satu sapuan kegemaran tempatan, dimakan bukan sahaja pada roti bakar, tetapi juga roti segar dan biskut kraker berkrim. Kaya pula diperbuat dari telur, gula dan santan.

Berasal dari Singapura, hidangan ini biasa dimakan semasa sarapan pagi. Ia disepadukan ke dalam budaya kopi tiam (kedai kopi), yang boleh didapati secara meluas dalam rangkaian makanan seperti Ya Kun Kaya Toast, Killiney Kopitiam dan Breadtalk's Toast Box.

Biasanya, hidangan ini dimakan pada waktu pagi berserta minuman teh tarik, kopi atau minuman panas yang lain. Sajian ini pada mulanya amat popular dihidangkan di kopitiam tetapi kini telah biasa dihidangkan dikedai makan Melayu dan restoran mamak.

Warga Singapura suka memakan makanan ini bersama secawan teh atau kopi.