Ross Ariffin
Ross Ariffin | |
|---|---|
| Kelahiran | Roslan Ariffin bin Jamil 28 Mei 1962 |
| Meninggal dunia | 2 Ogos 2025 (umur 63) |
| Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan, Kajang, Selangor, Malaysia |
| Pekerjaan | Komposer, penerbit rakaman |
| Tahun aktif | 1982–2025 |
| Anak-anak | 2 |
| Kerjaya muzik | |
| Genre | Pop |
| Alat muzik | Keyboard |
Roslan Ariffin Jamil (28 Mei 1962 – 2 Ogos 2025) merupakan seorang komposer dan penerbit rakaman Malaysia. Lagu-lagu ciptaan beliau telah dipersembahkan oleh ramai penyanyi terkenal Malaysia seperti Siti Nurhaliza, Fauziah Latiff dan Ning Baizura. Beliau telah menerima banyak anugerah bagi hasil kerjanya, antaranya termasuk Anugerah Industri Muzik dan Anugerah Juara Lagu.