Rosnizan Ahmad
Rosnizan Ahmad | |
|---|---|
| Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi Morib | |
| Menyandang jawatan 12 Ogos 2023 | |
| Didahului oleh | Hasnul Baharuddin (PH–AMANAH) |
| Majoriti | 3,843 (2023) |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Rosnizan bin Ahmad 1972 (umur 52–53) Hospital Banting, Banting, Kuala Langat, Selangor, Malaysia |
| Kerakyatan | Malaysia |
| Parti politik | Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) |
| Gabungan politik lain | Perikatan Nasional (PN) |
| Anak | 3 |
| Pendidikan | Sekolah Kebangsaan Kanchong Darat Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Datok |
| Tempat belajar | Kolej Universiti Lincoln, Malaysia (Ijazah Sarjana Muda dalam pentadbiran perniagaan) |
| Pekerjaan |
|
Rosnizan bin Ahmad (lahir 1972) merupakan seorang ahli politik dan ahli perniagaan Malaysia yang berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) bagi Morib sejak Ogos 2023. Beliau merupakan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), sebuah parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN). Beliau juga merupakan Ahli Jawatankuasa PN Negeri dan Timbalan Ketua Bahagian PN Kuala Langat serta Ketua Bahagian BERSATU Kuala Langat.