Rosnah Mat Aris

Rosnah Mat Aris
Kelahiran
Rosnah binti Mohd Aris

(1955-05-09) 9 Mei 1955
Nama lainRosnah, Kak Ros
PekerjaanPelakon, pelawak
Tahun aktif1987–kini
Terkenal keranaMak Limah dalam drama Rumah Kedai dan Combi dalam filem Mami Jarum & Mami Jarum Junior
PasanganTajul Effendie Isa (k. 2008)
SaudaraRos Mawar Mohd Aris (adik)
Laman web rasmiInstagram: @divarosnahmataris Twitter: @RosnahMatAris_

Rosnah Mohd Aris (lahir 9 Mei 1955) yang dikenali sebagai Rosnah Mat Aris merupakan seorang pelakon dan pelawak wanita tersohor di Malaysia yang mula menceburkan diri dalam bidang lakonan ketika usia yang agak lewat pada era 80an. Rosnah mula terkenal menerusi watak Mak Limah dalam drama komedi Rumah Kedai dan sehingga kini beliau masih lagi aktif dalam menghiasi drama dan filem tanah air. Selain itu, beliau juga pernah digelar Michelle Williams Malaysia dek kerana fesyen rambut pendek dan blonde persis bintang Hollywood itu. Kini, Rosnah sudah pun berhijrah dan lebih selesa dikenali dengan imej yang berhijab.