Rosamund Pike

Rosamund Pike
Pike pada tahun 2014
Kelahiran (1979-01-27) 27 Januari 1979
Hammersmith, London, U.K.
Pusat pendidikanKolej Wadham, Oxford
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1998–sekarang
Rakan kongsi domestikRobie Uniacke (2009–sekarang)
Anak-anak2

Rosamund Mary Ellen Pike (lahir 27 Januari 1979) ialah seorang pelakon Inggeris. Kredit layar pertamanya adalah pada tahun 1998 untuk filem televisyen, A Rather English Marriage dan beliau mula mendapat perhatian apabila dipilih ketika berumur 21 tahun sebagai gadis Bond, Miranda Frost dalam Die Another Day (2002). Beliau memenangi Anugerah BIFA bagi kategori Pelakon Wanita Sokongan Terbaik pada tahun 2004 untuk filem The Libertine; dan juga menerima pencalonan BIFA untuk lakonannya sebagai Helen dalam An Education (2009) dan Lisa dalam Made in Dagenham (2010).

Penmapilan filem yang lain termasuk sebagai Jane Bennet dalam Pride & Prejudice (2005), Fracture (2007), Barney's Version (2010) dan Gone Girl (2014). Lakonannya sebagai Amy Elliott Dunne dalam Gone Girl mendapat pujian kritis dimana beliau mendapat pencalonan pelbagai anugerah.

Di televisyen, Pike melakonkan watak Gudrun Brangwen dalam Women in Love pada tahun 2011. Di pentas, beliau berlakon di West End untuk beberapa produksi termasuk Hitchcock Blonde pada tahun 2003, Summer and Smoke pada tahun 2006, Gas Light pada tahun 2007 dan Hedda Gabler pada tahun 2010.