Roman Abramovich

Roman Abramovich
Роман Абрамович
Abramovich pada tahun 2019
Gabenor Chukotka
Dalam jawatan
17 Disember 2000 – 3 Julai 2008
Didahului olehAleksandr Nazarov
Digantikan olehRoman Kopin
Ahli Negeri Duma dari Chukotka
Dalam jawatan
10 Januari 2000 – 17 Disember 2000
Didahului olehVladimir Babichev
Digantikan olehVladimir Yetylin
Pemilik Kelab Bola Sepak Chelsea
Dalam jawatan
Jun 2003 – 20 Jun 2022
Didahului olehKen Bates
Digantikan olehTodd Boehly, Hansjörg Wyss dan Mark Walter
Maklumat peribadi
Lahir (1966-10-24) 24 Oktober 1966
Saratov, Kesatuan Soviet
Kerakyatan
  • Rusia
  • Israel
  • Portugal
Parti politikBebas
Pasangan
  • Olga Lysova (k. 1987; c. 1990)
  • Irina Malandina (k. 1991; c. 2007)
  • Dasha Zhukova (k. 2008; c. 2018)
Anak7, termasuk Arkadiy Abramovich
PendidikanUniversiti Undang-undang Negeri Moscow Kutafin
Universiti Minyak dan Gas Negeri Rusia Gubkin
Pekerjaan
  • Ahli perniagaan
  • Ahli politik
Dikenali dengan
  • Bekas pemilik Chelsea
  • Pemilik Millhouse Capital
  • Pemilik Evraz
Anugerah awam
  • Perintah Kehormat
  • Perintah Persahabatan

Roman Arkadyevich Abramovich (IPA: [rʌˈmɑn ərˈkadʲievɨtɕ əbrʌˈmovɨtɕ]) (Rusia: Рома́н Арка́дьевич Абрамо́вич) (lahir 24 Oktober 1966 di Saratov, Kesatuan Soviet) merupakan seorang jutawan minyak Rusia dan pemilik utama syarikat pelaburan Millhouse Capital, dirujuk sebagai salah satu daripada ahli oligarki Rusia. Merujuk kepada majalah Forbes 2006, bertarikh 13 Februari 2006, beliau mempunyai nilai harta sebanyak $18.2 bilion, dan menurut majalah Finance Rusia, dia mempunyai nilai harta $21.0 bilion pada Januari 2007.

Di Rusia, Abramovich terkenal sebagai gabenor Chukotka, sejak dilantik pada 2000. Di luar Rusia, dia terkenal sebagai pemilik kelab bola sepak Chelsea F.C.