Syarikat pelaburan
Syarikat pelaburan ialah syarikat yang urusan utamanya adalah memegang sekuriti syarikat-syarikat yang lain semata-mata untuk tujuan pelaburan. Syarikat itu melaburkan wang bagi pihak pemegang sahamnya yang pula berkongsi dalam untung dan rugi syarikat itu.
Dalam undang-undang sekuriti Amerika Syarikat, adanya sekurang-kurangnya tiga jenis syarikat pelaburan:
- Syarikat Pelaburan Pengurusan Tak Terhad (dana bersama);
- Syarikat Pelaburan Pengurusan Terhad (dana terhad);
- UIT (amanah saham)
Jenis syarikat pelaburan yang keempat yang tidak begitu dikenali ialah syarikat sijil nilai muka di bawah Akta Syarikat Pelaburan 1940.