Robin Li

Robin Li
李彦宏
Robin Li, 2010
Kelahiran (1968-11-17) 17 November 1968
Yangquan, Shanxi
WarganegaraChina
PendidikanUniversiti Peking
Universiti di Buffalo
PekerjaanJurutera perisian, usahawan internet
Kampung asalBeijing
Nilai bersihUS$6.0 bilion (Mei 2020)
PangkatPengasas & CEO, Baidu
Ahli lembagaEducation & Technology Group Inc.
PasanganDongmin Ma
Anak-anak4
Nama Bahasa Cina
Tulisan Cina Ringkas李彦宏
Tulisan Cina Tradisional李彥宏

Robin Li Yanhong (Cina ringkas: 李彦宏pinyin: Lǐ Yànhóng; lahir 17 November 1968) ialah usahawan internet dan bilionair China. Beliau ialah pengasas enjin carian Baidu, dan salah seorang individu terkaya di China, dengan nilai bersih US$6.0 bilion setakat pada Mei 2020. Beliau juga membangunkan RankDex, enjin carian web pertama dengan algoritma pemarkahan tapak dan PageRank.

Li mempelajari pengurusan maklumat di Universiti Peking dan sains komputer di Universiti di Buffalo. Pada tahun 1996, beliau mewujudkan RankDex, enjin carian web pertama dengan algoritma pemarkahan tapak dan penarafan halaman. Pada tahun 2000, beliau mengasaskan Baidu bersama Eric Xu. Li telah menjadi CEO Baidu sejak January 2004. Syarikat itu telah disenaraikan di NASDAQ pada 5 Ogos 2005. Li telah dimasukkan sebagai salah seorang daripada 15 Asian Scientists To Watch oleh Asian Scientist Magazine pada 15 Mei 2011.

Pada Ogos 2014, Li dilantik oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Ban Ki-Moon, sebagai pengerusi bersama Kumpulan Penasihat Pakar Bebas mengenai Revolusi Data untuk Pembangunan Mampan. Li ialah ahli Persidangan Konsultatif Politik Rakyat China ke-12.