Robert Hooke

Robert Hooke

Potret Hooke, s. 1680
Kelahiran28 Julai [G.L.: 18 Julai] 1635
Freshwater, Isle of Wight, England
Meninggal dunia3 Mac 1703(1703-03-03) (umur 67)
London, England
WarganegaraInggeris
Pusat pendidikanKolej Wadham, Oxford
Terkenal keranaHukum Hooke
Mikroskopi
Asas penemuan sel biologi
Kerjaya saintifik
BidangFizik dan kimia
InstitusiUniversiti Oxford
Penasihat akademikRobert Boyle
PengaruhRichard Busby
Tandatangan

Robert Hooke (/hʊk/; 28 Julai [G.L.: 18 Julai] 1635 – 3 Mac 1703) ialah seorang ahli fizik, jurubina dan ahli falsafah Inggeris.

Dalam bidang fizik, beliau terkenal kerana mengusulkan sifat berkenaan keanjalan bahan, yakni pemanjangan sesuatu objek adalah berkadar terus dengan daya yang dikenakan terhadap objek sehingga suatu tahap, kini dikenali sebagai hukum Hooke. Sifat ini mula-mula diusulkan olehnya sebagai suatu anagram bahasa Latin, daripada frasa ut tensio, sic vis (dengan pemanjangan, begitu juga daya).

Selain itu, beliau juga menjadi orang pertama yang menggambarkan sel biologi. Robert Hooke telah meneliti hirisan nipis gabus menerusi mikroskop ringkas dan mendapati hirisan tersebut terdiri daripada susunan unit-unit kecil, yang dipaparkan dalam bukunya, Micrographia. Robert Hooke menamakan unit-unit ini sebagai sel, yang bererti "bilik kecil" dalam bahasa Latin.