Hukum Hooke
Dalam mekanik, dan fizik, hukum Hooke untuk kekenyalan ialah suatu penghampiran yang
Secara matematik, hukum Hooke menyatakan
di mana
- x ialah sesaran hujung spring daripada kedudukan keseimbangannya;
- F ialah daya pemulih yang dikenakan bahan; dan
- k ialah pemalar daya (atau pemalar spring).
Apabila ini benar, tindakan ini disebut linear. Jika ditunjukkan pada graf, garisannya akan menunjukkan ubahan langsung. Terdapat tanda negatif di sebelah kanan persamaan kerana daya pemulih sentiasa bertindak pada arah yang berlawanan dengan sesaran (contohnya, bila suatu spring diregang ke kiri, ia akan menarik balik ke kanan).
Hukum Hooke dinamakan bersempena ahli fizik British abad ke-17 Robert Hooke. Beliau pertama kali menyatakan hukum ini pada 1676 sebagai suatu anagram bahasa Latin, yang jawapannya diterbitkan pada 1678 sebagai Ut tensio, sic vis, ertinya, "Sebagaimana pemanjangan, begitu juga daya".