Rittmeister
Rittmaster (Jerman: Rittmeister, secara harfiah: riding master, cavalry master, atau pakar kuda, kapten kavalri) ialah sejenis pangkat pegawai bertauliah kavalri dalam tentera darat Jerman, Austria-Hungary, Norway, Sweden, Denmark, dan beberapa negara lain. Rittmeister lazimnya memimpin skuadron (sebuah unit bersaiz kompeni dipanggil "trup" di Amerika Syarikat, berbanding dengan skuadron kavalri AS yang bersaiz batalion lebih besar), dan setaraf dengan pangkat Hauptmann (atau kapten dikebanyakkan cawangan tentera darat).
Pangkat Ritmeester Belanda, ialah pangkat pegawai utama skuadron dalam unit-unit kavalri Tentera Darat Diraja Belanda.
Pangkat Norway, rittmester/rittmeister, ialah pangkat pegawai dalam unit armor dan infantri mekanis Tentera Darat Norway. Ejaan ritmester digunakan oleh Norway sehingga tahun 1907.
- Svensk: ryttmästare
- Denmark: ritmester
- Norway: rittmester (bokmål; ejaan ritmester digunakan sehingga 1907) atau rittmeister (nynorsk)
- Jerman: Rittmeister (sehingga 1951)
- Estonia: rittmeister
Tentera Darat Poland, Finland, Lithuania, dan Rusia menggunakan istilah setempat untuk pangkat yang sama.
Didalam Tentera Darat Poland (dari abad ke-15 hingga pertengahan abad ke-20) rotmistrz memerintah sebuah formasi dipanggil rota. Bagaimanapun, rotmistrz dari askar hussar ialah komander antara 100 dan 180 askar hussar, dengan leftenan hussar sebagai orang keduanya. Istilah Lithuania ialah rotmistras. Pada zaman dahulu, rotmistrz berkhidmat sebagai komander sebuah kompeni infantri atau kavalri, walaupun kadangkala dia akan diberikan tugas pangkat medan buat sementara waktu cth. memerintah seluruh rejimen atau bahkan formasi yang lebih besar. Dalam kavalri, pangkat itu diteruskan sehingga 1945 sebagai gelaran peringkat kompeni. Digunakan untuk komander sebuah trup, ia setara dengan kapten zaman moden.
Pangkat itu juga diterima pakai oleh Rejimen Baru Rusia sebagai rotmistr (ротмистр) dan kemudian diformalkan dalam Jadual Pangkat sebagai jawatan kavalri; sehingga 1798, dan antara 1883 dan 1918, pangkat shtabs-rotmistr (штабс-ротмистр) yang lebih rendah juga wujud, mewakili pangkat Kapten Kanan dan Kapten Muda dalam Pengawal Kavalri Imperial Rusia, Kavalri Tentera, Gendarmerie dan Pengawal Sempadan pada tahun 1914.
Dalam angkatan tentera British dan Komanwel, Riding Master bukan sejenis pangkat. Didalam Rejimen Kavalri Istana seorang Pegawai Waran yang sesuai dengan pangkat Jurulatih Kuda dilantik sebagai Riding Master. Tempoh pelantikan ini ditentukan oleh Leftenan Kolonel memerintah dan, setelah dilantik, Riding Master adalah orang yang mengetuai latihan rekrut dan kuda-kuda Rejimen Kavalri Istana.