Ekuestrianisme
Ekuestrianisme (daripada bahasa Latin: equester, equestr-, "penunggang kuda"), juga lebih dikenali sebagai menunggang kuda atau berkuda, merujuk kepada kemahiran menunggang, memandu, melompat halangan atau melombol dengan kuda. Takrifan umum ini mencakupi penggunaan kuda untuk tujuan-tujuan pekerjaan, pengangkutan, rekreasi, seni atau kebudayaan, dan sukan.