Resolusi 1737 Majlis Keselamatan PBB

Resolusi 1737 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah diluluskan sebulat suara oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 23 Disember 2006. Resolusi berkenaan ditaja oleh Perancis, Jerman dan United Kingdom , mengenakan sekatan ke atas Iran kerana gagal menghentikan program pengkayaan uranium berikutan resolusi 1696. Ia menghalang bekalan teknologi dan bahan-bahan yang berhubung dengan nuklear dan membekukan aset individu-individu penting dan syarikat-syarikat yang berhubungan dengan program pengkayaan. Ia mengambil masa dua bulan selepas penciptaan satu draf-resolusi, yang telah diperbetulkan beberapa kali selepas bangkangan daripada Russia dan China. Bangkangan ini telah terbukti, kerana ia mengambil masa panggilan minit terakhir daripada Presiden Vladimir Putin kepada Presiden George W. Bush untuk mengakhiri undian berkenaan. Resolusi datang selepas penolakan insentif ekonomi PBB bagi Iran untuk membekukan program pengkayaan nuklear. Sekatan ini akan diangkat sekiranya Iran membekukan "aktiviti-aktiviti disyaki " dalam masa 60 hari bergantung kepada keyakinan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa.