Resolusi 1973 Majlis Keselamatan PBB

PBB Majlis Keselamatan
Resolusi 1973
Tarikh: 17 Mac 2011
Bil. mesyuarat: 6,498
Kod: S/RES/1973 (Document)

Undian: Set.: 10 Kec.: 5 Ttg.: 0
Perkara: Pemberontakan Libya 2011
Keputusan: Digunapakai

Komposisi Majlis Keselamatan pada 2011:
ahli-ahli tetap:

 Republik Rakyat China  Perancis  Rusia  United Kingdom  Amerika Syarikat

bukan ahli-ahli tetap:
 Bosnia dan Herzegovina  Brazil  Colombia  Jerman  Gabon
 India  Lubnan  Nigeria  Portugal  Afrika Selatan

Hijau: Pasukan Bersekutu yang terlibat dalam zon larangan terbang.
Oren: Libya.

Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1973, berkenaan keadaan di Libya, adalah satu langkah yang telah dipersetujui untuk dilaksanakan pada 17 Mac 2011. Resolusi Majlis Keselamatan ini telah dicadangkan oleh Perancis, Lubnan, dan United Kingdom.

Sepuluh ahli Majlis Keselamatan telah mengundi menyokong iaitu Bosnia dan Herzegovina, Colombia, Gabon, Lebanon, Nigeria, Portugal, Afrika Selatan, dan ahli-ahli tetap Majlis Keselamatan iaitu Perancis, United Kingdom, dan Amerika Syarikat. Lima ahli Majlis Keselamatan PBB iaitu Brazil, Jerman, dan India, serta ahli tetap majlis iaitu China dan Russia berkecuali, sementara tiada ahli yang menentang.

Resolusi ini menuntut "satu gencatan senjata" serta merta dan membenarkan masyarakat antarabangsa untuk menubuhkan zon larangan terbang ke atas Libya dan mengambil sebarang langkah yang perlu untuk melindungi orang awam.