Reinhard Gehlen

Reinhard Gehlen
Kolonel Reinhard Gehlen, tahun 1943
Kelahiran(1902-03-03)3 Mac 1902
Erfurt, Empayar Jerman
Meninggal dunia8 Jun 1979(1979-06-08) (umur 77)
Starnberg, Jerman Barat
Kesetiaan Republik Weimar (1920–1933)
 Jerman Nazi (1933–1945)
 Amerika Syarikat (1946–1956)
 Jerman Barat (1956–1968)
PerkhidmatanTentera Darat
PangkatLeftenan Jeneral
PertempuranPerang Dunia II
Perang Dingin
AnugerahDeutsches Kreuz warna Perak semasa Perang Dunia II
Großes Bundesverdienstkreuz am Schulterband
Knight of Malta (1968)

Reinhard Gehlen (3 April 1902 – 8 Jun 1979) adalah seorang jeneral Jerman yang menjadi ketua unit perisikan tentera Fremde Heere Ost (FHO) Tentera Darat Jerman semasa Perang Dunia II (1942–45); pemimpin perisik Organisasi Gehlen yang anti–komunis untuk Amerika Syarikat (1946–56); dan presiden pertama Biro Perisikan Persekutuan (Bundesnachrichtendienst, BND) Jerman Barat (1956–68) semasa Perang Dingin.

Gehlen menjadi seorang askar profesional pada tahun 1920 sewaktu di bawah pemerintahan Republik Weimar. Pada tahun 1942, beliau menjadi ketua FHO, iaitu unit perisikan Tentera Darat Jerman di Barisan Timur (1941–45). Beliau mencapai ke pangkat Generalmajor sebelum dipecat oleh Adolf Hitler kerana laporan risikan FHO yang pesimis tentang kekuatan Tentera Merah. Pada akhir tahun 1945, pada permulaan Perang Dingin, tentera A.S. (G-2 Risik) merekrutnya untuk menubuhkan satu rangkaian pengintipan terhadap Soviet Union, iaitu Organisasi Gehlen, yang menggaji bekas pegawai tentera Wehrmacht dan bekas Nazi dari Schutzstaffel (SS) dan Sicherheitsdienst (SD).

Gehlen merupakan presiden Biro Perisikan Persekutuan Jerman Barat dari tahun 1956 hingga 1968. Walaupun ia adalah pejabat awam, beliau juga merupakan Generalleutnant dalam pasukan Simpanan Bundeswehr, iaitu pegawai simpanan tertinggi dalam angkatan tentera Jerman Barat.