Regiomontanus

Regiomontanus
Potret abad ke-18 (Iohannes de Regio Monte dictus alias Müllerus)
Kelahiran6 Jun 1436
Meninggal dunia6 Julai 1476(1476-07-06) (umur 40)
WarganegaraJerman
PendidikanUniversiti Leipzig (tiada ijazah)
Universiti Vienna (B.A., 1452; M.A., 1457)
Terkenal keranaMengasaskan mesin cetak saintifik pertama dunia
Menerbitkan buku teks astronomi dicetak pertama (1472) dan jadual trigonometri pertama (anum., 1490)
Jadual tangen
Kerjaya saintifik
BidangMatematik (trigonometri), astronomi, astrologi
InstitusiUniversitas Istropolitana
Penasihat akademikGeorg von Peuerbach
Basilios Bessarion
Pelajar terkemukaDomenico Novara da Ferrara

Johannes Müller von Königsberg (6 Jun 1436 – 6 Julai 1476), lebih dikenali sebagai Regiomontanus (/ˌrimɒnˈtnəs/), merupakan ahli matematik, ahli astrologi dan ahli astronomi Renaissance Jerman, giat di Vienna, Buda dan Nuremberg. Sumbangannya memainkan peranan penting dalam perkembangan heliosentrisme Copernicus pada dekad-dekat berikutan kematiannya.

Regiomontanus menulis di bawah nama dilatinkan Ioannes de Monteregio (atau Monte Regio; Regio Monte); kata sifat Regiomontanus kali pertama digunakan oleh Philipp Melanchthon pada tahun 1534. Beliau dinamakan sempena Königsberg di Franken Hilir, bukan Königsberg lebih besar (Kaliningrad moden) di Prusia.