Buda
Buda (sebutan Hungary: [ˈbudɒ]) merupakan sebuah bekas ibu kota bagi Kerajaan Beraja Hungary dan sejak tahun 1873 merangkumi bahagian barat ibu kota Hungary sekarang iaitu Budapest yang mana terletak di tebing barat Sungai Danube. Buda terdiri daripada satu-per-tiga daripada jumlah keseluruhan luas Budapest yang dipenuhi tanah berhutan dan berbukit. Antara mercu tanda yang terkenal termasuklah Istana kota Buda dan Citadella. Rumah kediaman presiden Hungary, Istana Sándor, juga terletak di Buda.