Recopa Sudamericana
| Badan penganjuran | CONMEBOL |
|---|---|
| Ditubuhkan | 1989 |
| Kawasan | Amerika Selatan |
| Jumlah pasukan | 2 |
| Perlawanan berkaitan | Copa Libertadores Copa Sudamericana |
| Juara semasa | Fluminense (Kejuaraan pertama) |
| Kelab paling berjaya | Boca Juniors (4 kejuaraan) |
| Laman sesawang | conmebol.com/recopa |
| Recopa Sudamericana 2024 | |
CONMEBOL Recopa Sudamericana (Portugis: CONMEBOL Recopa Sul-Americana), juga dikenali sebagai Recopa Sudamericana atau CONMEBOL Recopa, dan ringkasnya sebagai Recopa (Sebutan Sepanyol: [reˈkopa], Portuguese: [ʁɛˈkɔpɐ]; "Piala Pemenang"), ialah pertandingan bola sepak kelab antarabangsa tahunan yang dianjurkan oleh CONMEBOL sejak 1988. Ia adalah perlawanan antara juara Copa Libertadores dan Copa Sudamericana tahun sebelumnya yang merupakan pertandingan utama kelab Amerika Selatan.