Razif Sidek

Datuk
Razif Sidek
Maklumat peribadi
Nama timanganAjib
Nama kelahiranMohamed Razif bin Mohd Sidek
Negara Malaysia
Lahir (1962-05-29) 29 Mei 1962
Banting, Selangor, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Tinggi1.74 m (5 ka 9 in)
Berat70 kg (154 lb; 11 st 0 lb)
Tahun aktif1980-kini
AcaraBeregu lelaki
Rekod pingat
Badminton lelaki
Mewakili  Malaysia
Sukan Olimpik
1992 Barcelona Beregu lelaki
Kejohanan Dunia BWF
1987 Beijing Beregu lelaki
1989 Jakarta Beregu lelaki
Piala Dunia
1990 Bandung/Jakarta Beregu lelaki
1991 Macau Beregu lelaki
1988 Bangkok Beregu lelaki
1983 Kuala Lumpur Beregu lelaki
1984 Jakarta Beregu lelaki
1985 Jakarta Beregu lelaki
1987 Kuala Lumpur Beregu lelaki
Piala Thomas
1992 Kuala Lumpur Berpasukan
1988 Kuala Lumpur Berpasukan
1990 Tokyo Berpasukan
1994 Jakarta Berpasukan
1986 Jakarta Berpasukan
Sukan Komanwel
1982 Brisbane Beregu lelaki
1990 Auckland Beregu lelaki
1982 Brisbane Perseorangan lelaki
Sukan Asia
1990 Beijing Berpasukan lelaki
1990 Beijing Beregu lelaki
Kejohanan Asia
1992 Kuala Lumpur Beregu lelaki
1985 Kuala Lumpur Beregu lelaki
1985 Kuala Lumpur Berpasukan lelaki
1989 Shanghai Berpasukan lelaki
1994 Shanghai Beregu lelaki
Sukan Asia Tenggara
1985 Bangkok Beregu lelaki
1989 Kuala Lumpur Berpasukan lelaki
1991 Manila Berpasukan lelaki
1981 Manila Beregu lelaki
1981 Manila Berpasukan lelaki
1983 Singapura Berpasukan lelaki
1985 Bangkok Berpasukan lelaki
1989 Kuala Lumpur Beregu lelaki
1991 Manila Beregu lelaki
1981 Manila Beregu campuran
1983 Singapore Beregu campuran
1985 Bangkok Beregu campuran
Profil BWF

Datuk Mohamed Razif bin Dato' Haji Mohd Sidek (nama singkatan: Ajib; lahir 29 Mei 1962 di Banting, Selangor) merupakan bekas pemain badminton lelaki profesional Malaysia.

Beliau merupakan anak kedua selepas Misbun antara kelima-lima anak-anak Sidek yang bermain badminton. Beliau sering bermain secara beregu dengan adik lelakinya, Jalani. Razif dan Jalani memenangi gelaran Kejohanan Seluruh England pada 1982 selepas menumpaskan pasangan Scotland, Billy Gilliland dan Dan Travers.

Beliau juga merupakan anggota skuad Malaysia yang memenangi Piala Thomas buat kali pertama dalam 25 tahun, dengan kemenangan 3-2 ke atas Indonesia di Stadium Nasional pada 1992. Beliau melakar sejarah menjadi atlet Malaysia pertama memenangi pingat Sukan Olimpik pada temasya Barcelona 1992. Mereka merangkul pingat gangsa buat Malaysia setelah mencapai separuh akhir kategori beregu lelaki yang mana mereka tewas kepada pasangan Korea, Park Joo-bong dan Kim Moon-Soo.

Semasa perjalanan kerjayanya dengan Jalani, mereka merupakan antara empat beregu terbaik di dunia (Park Joo-bong/Kim Moon-soo, Rudy Gunawan/Eddy Hartono dan Tian Bingyi/Li Yongbo) dari era 1980-an hingga awal 1990-an. Selepas bersara sebagai pemain badminton, beliau dilantik sebagai jurulatih kebangsaan Malaysia dari 1994 hingga 1996.