Raspberry Pi
Raspberry Pi 4 Model B | |
| Tarikh jualan |
|
|---|---|
| Harga pengenalan |
|
| Sistem pengendalian | FreeBSD Linux NetBSD OpenBSD Plan 9 RISC OS Windows 10 ARM64 Windows 10 IoT Core |
| Kuasa | 5 V; 3 A (bagi penghantaran kuasa penuh ke peranti USB) |
| Sistem-atas-cip | |
| CPU | |
| Muatan storan | Slot MicroSDHC, peranti Storan Massa USB untuk pengebutan |
| Ingatan |
|
| Grafik | |
| Laman sesawang | raspberrypi |
Raspberry Pi (/paɪ/) ialah satu siri komputer papan tunggal kecil yang dibangunkan di United Kingdom oleh Yayasan Raspberry Pi bersama-sama dengan Broadcom. Awalnya, projek Raspberry Pi cenderung kepada menggalakkan mengajar asas sains komputer di sekolah dan di negara membangun. Kemudian, model asal menjadi jauh lebih popular daripada yang dijangka, menjual di luar pasaran sasarannya untuk kegunaan seperti robotik. Ia kini digunakan meluas dalam banyak bidang, seperti pemantauan cuaca, kerana kos rendahnya dan kemudahalihannya yang tinggi.
Selepas keluaran jenis papan kedua, Yayasan Raspberry Pi membuka entiti baru, dinamakan Raspberry Pi Trading, dan melantik Eben Upton sebagai CEO, dengan tanggungjawab membangun teknologi. Yayasan tersebut ditujukan khas semula sebagai amal pendidikan untuk menggalakkan mengajar asas sains komputer di sekolah dan negara membangun.
Raspberry Pi adalah salah satu komputer British yang terlaris. Setakat Disember 2019, lebih daripada tiga juta papan telah dijual. Kebanyakan Pi dibuat di kilang Sony di Pencoed, Wales, manakala yang lain dibuat di China dan Jepun.