Randonia
| Randonia | |
|---|---|
| Pengelasan saintifik | |
| Domain: | Eukaryota |
| Alam: | Plantae |
| Klad: | Trakeofit |
| Klad: | Eudikot |
| Klad: | Rosid |
| Order: | Brassicales |
| Keluarga: | Resedaceae |
| Genus: | Randonia Coss. |
| Spesies: | R. africana
|
| Nama binomial | |
| Randonia africana Ernest Saint-Charles Cosson
| |
Randonia adalah satu genus monotifik tumbuhan berbunga yang tergolong dalam keluarga Resedaceae. Satu-satunya spesiesnya ialah Randonia africana.
Kawasan asalnya ialah padang pasir Sahara di Afrika utara. Ia boleh ditemui di Algeria, Mesir, Libya, Mauritania, Morocco, dan Tunisia.
Nama genus Randonia diambil untuk menghormati Jacques Louis Randon (1795–1871), seorang pemimpin tentera dan politik Perancis, juga Marsekal Perancis dan gabenor Algeria. Epitet spesifik Latin africana bermaksud berasal dari Afrika. Genus dan spesies ini pertama kali diterangkan dan diterbitkan dalam Bull. Soc. Bot. France Vol.6 pada halaman 391-392 pada tahun 1859.