Rami Hamdallah
Rami Hamdallah رامي حمدالله | |
|---|---|
| Perdana Menteri Palestin ke-6 | |
| Dalam jawatan 6 Jun 2013 – 14 April 2019 | |
| Presiden | Mahmud Abbas |
| Didahului oleh | Salam Fayyad |
| Digantikan oleh | Mohammad Shtayyeh |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 10 Ogos 1958 Anabta, Tebing Barat, Palestin |
| Parti politik | Fatah |
| Tempat belajar | Universiti Jordan Universiti Manchester Universiti Lancaster |
Rami Hamdullah (Arab: رامي حمدالله; lahir 10 Ogos 1958) ialah seorang ahli akademik Palestin dan presiden Universiti An-Najah Kebangsaan di Nablus. Pada 2 Jun 2013, Presiden Pihak Berkuasa Palestin Fatah Mahmud Abbas menamakan beliau sebagai Perdana Menteri Palestin baharu bagi menggantikan Salam Fayyad yang meletak jawatan. Pelantikan beliau tidak diiktiraf Hamas, yang tidak diajak berunding. Beliau merupakan seorang anggota Fatah; namun, BBC menyatakan yang beliau seorang calon bebas mesra Fatah.