Ramesses II

Ramesses II (juga dieja Ramses, gelaran Ramesses yang Agung atau Ozymandias) ialah firaun Mesir ketiga yang berasal daripada dinasti ke-19. Baginda sering dianggap sebagai firaun terbesar dan terkuat dalam sejarah Mesir Purba. Sebagai firaun, Ramses II memimpin beberapa ekspedisi ke kawasan Palestin, Lebanon dan Syria. Baginda juga memimpin ekspedisi ke Nubia. Pada awal kekuasaannya, baginda fokus dalam pembangunan kota, kuil dan monumen. Ramesses II mendirikan kota Pi-Ramesses di delta Sungai Nil sebagai ibu kota baharu serta pangkalan utama bagi kempen ketenteraannya di Syria.