Seti I

Menmaatre Seti I (juga digelar Sethos I) ialah seorang firaun Mesir Kuno (dinasti ke-19), yang juga merupakan putera kepada Ramses I dan Ratu Sitre, dan ayah Ramses II. Tanggal kekuasaannya yang sebenar masih samar dan belum jelas, dan pelbagai sejarawan mempunyai pandangan waktu yang berlainan, namun tahun sekitar 1294 hingga 1279 SM yang paling umum digunakan oleh ahli sejarawan pada masa ini di samping 1290 BC hingga 1279 BC.