Raksasa Loch Ness

Raksasa Loch Ness
AKA: Nessie, Niseag
Sub KumpulanRaksasa tasik
NegaraScotland
KawasanLoch Ness, Tanah Tinggi Scotland

Raksasa Loch Ness atau raksasa Tasik Ness (bahasa Gaelik Scotland: Uilebheist Loch Nis, bahasa Inggeris: Loch Ness Monster) atau dijolok manja Nessie ialah makhluk mitos rakyat Scotland yang dikatakan mendiami Tasik Ness di Tanah Tinggi Scotland. Ia sering digambarkan sebagai besar, berleher panjang, dan dengan satu atau lebih bonggol yang menonjol dari air. Minat dan kepercayaan popular terhadap makhluk tersebut telah bervariasi sejak dibawa ke perhatian seluruh dunia pada tahun 1933. Bukti keberadaannya bersifat anekdot, dengan sejumlah foto dan pembacaan sonar yang dipertikaikan.

Komuniti saintifik menganggap raksasa Loch Ness sebagai fenomena tanpa asas biologi, menjelaskan penampakan sebagai penipuan, angan-angan, dan pengenalpastian objek biasa yang salah. Pseudosains dan subkultur dari kriptozoologi telah memberi penekanan khusus pada makhluk itu.

Rekod paling awal yang menunjukkan adanya raksasa tasik tersebut adalah pada seawal tahun 565 Masihi.