Raja Bersiong
Raja Bersiong (Jawi: راج برسيوڠ) ialah gelaran bagi Raja Ong Maha Perita Deria, penguasa Kedah yang berpusat di Lembah Bujang. Negeri Kedah pada masa ini ialah sebahagian daripada Kerajaan Sriwijaya. Baginda merupakan raja keempat daripada keturunan Merong Mahawangsa.