Ragnarök
Dalam mitologi orang Norse, Ragnarök merupakan suatu kejadian berturut-turut termasuk suatu peperangan yang mengorbankan beberapa dewa-dewi utama (termasuk Odin, Thor, Týr, Freyr, Heimdallr dan Loki), bencana alam serta pembanjiran besar-besaran dunia lalu menandakan kiamat dunia tersebut. Selepas itu, dewa-dewi yang terselamat akan kembali dan bertemu semula serta dua orang manusia, Líf dan Lífþrasir akan mewujudkan suatu populasi baharu.
Ia merupakan suatu kejadian utama dalam kepercayaan orang Norse sehingga menjadi tumpuan utama dalam pengajian mengenai budaya masyarakat Jermanik. Ia pernah dicata dalam Edda Puitis susunan beberapa sumber lisan lama serta Edda Prosa pada abad ke-13 nukilan Snorri Sturluson.