Odin

Odin (Bahasa Nor Kuno: Óðinn) adalah salah satu dewa utama dalam lagenda Norse dan pemerintah Asgard. Homolog dengan bahasa Inggeris Kuno "Woden" dan Jerman Tinggi Kuno "Wôdan",

Odin merupakan ahli utama daripada Aesir (kumpulan utama dewa-dewi Norse) dan dikaitkan dengan peperangan, pertempuran, kemenangan dan kematian; tetapi juga kebijaksanaan, sihir, puisi, perubatan dan memburu. Odin mempunyai banyak anak, salah seorang dari mereka yang paling terkenal adalah Thor.