Rafeah Buang
Rafeah Buang | |
|---|---|
| Kelahiran | 25 Julai 1948 |
| Warganegara | Malaysia |
| Meninggal dunia | 24 Julai 2002 (umur 53) |
| Pekerjaan | Pelakon dan penyanyi |
| Tahun aktif | 1970 |
| Pautan berkaitan | |
| Pautan lain | |
| sunting ยท sunting di Wikidata | |
Allahyarhamah Toh Puan Setia Datin Rafeah binti Buang dilahirkan di Kampung Pisang, Singapura pada 25 Julai 1948 dan muncul sebagai seorang bintang dalam bidang nyanyian selepas menjuarai Bintang Satria Singapura tahun 60-an.
Allahyarham Toh Puan Setia Datin Rafeah Buang aktif dalam kemasyarakatan, dan bergiat dalam Lembaga Perempuan Islam Pahang, Majlis Kebudayaan Negeri Pahang, Jawatankuasa Antidadah Daerah Pekan dan Pergerakan Wanita UMNO Pekan.
Selepas tamat darjah lima Sekolah Arab Al-Sagoff (1960) dan Sekolah Perdagangan Inggeris (1963), Rafeah Buang pernah menjadi anggota sidang pengarang Majalah Perkawalan Tentera (Singapura) pada 1964. Selain itu beliau turut menghasilkan sajak dan cerpen dengan menggunakan nama pena Rina Balkiah dan hasil karyanya disiarkan di majalah Singapura dan radio.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur pada 24 Julai 2002. Jenazah Allahyarham diterbangkan ke Pekan, Pahang oleh Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM).
Rafeah diiringi suaminya Tengku Datuk Asmawi Tengku Husin dan Doktor Puteri Nurbaya Musa.
Penerbangan itu berlepas dari pengkalan di Sungai Besi ke Kuantan jam satu tengah hari dan kembali ke Hospital Kuala Lumpur jam 3.15 petang.
Allahyarhamah disemadikan di sebelah pusara anaknya, Tengku Amirul Ashraf di Makam Diraja Pekan.