Radiohead

Radiohead
Maklumat latar belakang
AsalAbingdon (mul) , United Kingdom
GenreAlternative rock
Electronica
Experimental rock
Tahun aktif1985
DiskografiLihat: Radiohead discography (en)
Syarikat rakamanParlophone (en)
Capitol Records
ATO Records (mul)
XL Recordings
AnggotaThom Yorke
Ed O'Brien
Colin Greenwood
Jonny Greenwood
Philip Selway
Pautan berkaitan
Tapak sesawangradiohead.com
Pautan lain
sunting ยท sunting di Wikidata

Radiohead adalah sebuah kugiran muzik rock dari Abingdon, Oxfordshire, England. Ia ditubuhkan pada tahun 1985 dan terdiri daripada Thom Yorke (vokalis, gitar, piano), Jonny Greenwood (lead gitar, keyboard, instrumen lain), Colin Greenwood (bes), Phil Selway (dram, perkusi, vokal latar) dan Ed O'Brien (gitar, vokal sokongan). Radiohead telah menjual lebih 30 juta album di seluruh dunia. Antara lagu - lagu terkenal Radiohead adalah "Creep", "Fake Plastic Trees", "My Iron Lung", "High And Dry" dan sebagainya.

Mereka dijolok antara kugiran rock terulung abad ke-21. Masyhurnya album-album The Bends dan OK Computer terutamanya mempengaruhi seberapa artis muzik British kemudian termasuk Coldplay, Keane, James Blunt dan Travis. Malah, pendekatan uji bunyidalam penggubahan lagu-lagu mereka menjadi pendorong berkembangnya aliran cabang genre alternative rock. Pada 2008, majalah Rolling Stone menyenaraikan Thom Yorke tidak sahaja di tempat ke-66 vokalis terhebat sepanjang zaman malah antara penyanyi paling berpengaruh generasinya.