R. Jaafar
R. Jaafar | |
|---|---|
| Kelahiran | Raja Jaafar bin Raja Aris 1932 |
| Meninggal dunia | 14 September 1996 (umur 63–64) Hospital Universiti, Petaling Jaya, Malaysia |
| Sebab kematian | Serangan jantung dan penyakit paru-paru berair |
| Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Jalan Kuari, Cheras, Kuala Lumpur |
| Pekerjaan | Pelawak, pelakon |
| Tahun aktif | 1969–1996 |
| Pasangan | Aishah Abdullah |
Raja Jaafar bin Raja Aris atau lebih dikenali sebagi R. Jaafar (1932 – 14 September 1996) merupakan seorang pelawak yang terkenal era 1970-an dan 80-an. Raja Jaafar berasal dari Batu Pahat, Johor memulakan karier seninya sebagai pelakon bangsawan sebelum dikenali ramai memenangi Pertandingan Bakat TV 1975 anjuran RTM bersama rakan baiknya, A. R. Badul di Ipoh, Perak.
Sebelum berkecimpung dalam bidang seni, beliau berpengalaman menyertai Pasukan Polis Hutan (PPH), malah pernah ditugaskan di Balai Polis Campbell (kini Balai Polis Dang Wangi) dan Balai Polis Simpang Lelong, Georgetown, selain mengikuti operasi di sempadan Malaysia - Thailand di Kedah.