Sporting Charleroi
| Nama penuh | Royal Charleroi Sporting Club | ||
|---|---|---|---|
| Gelaran | Les Zèbres (Kuda Belang), Les Carolos | ||
| Diasaskan | 1904 | ||
| Stadium | Stade du Pays de Charleroi, Charleroi (Kapasiti: 16,000) | ||
| Pengerusi | Fabien Debecq | ||
| Pengurus | Felice Mazzu | ||
| Liga | Liga Pro Belgium | ||
| 2013–14 | Liga Pro Belgium, Ke-10 | ||
| |||
| Musim semasa | |||
Sporting de Charleroi ataupun nama ringkasnya, Charleroi merupakan kelab bola sepak profesional Belgium yang berpangkalan di Charleroi, Hainaut. Kelab ini telah bermain di Liga Pro Belgium sejak musim 1985-86. Kelab ini telah diasaskan pada 1904 dan melangkah ke divisyen pertama buat pertama kali pada musim 1947-48. Rekod terbaik kelab ini ialah pada musim 1968-69 apabila mereka menduduki tempat kedua liga. Charleroi telah dua kali melangkah ke perlawanan akhir Piala Belgium tetapi tewas pada 1977-78 kepada Beveren dan pada 1992-93 kepada Standard Liège.