Rōki Sasaki
| Rōki Sasaki | ||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Sasaki bersama Chiba Lotte Marines pada 2022 | ||||||||||||||
| Chiba Lotte Marines – No. 17 | ||||||||||||||
| Pelempar | ||||||||||||||
| Dilahirkan: 3 November 2001 Rikuzentakata, Iwate, Jepun | ||||||||||||||
| ||||||||||||||
| NPB debut | ||||||||||||||
| 16 Mei, 2022, untuk Chiba Lotte Marines | ||||||||||||||
| Statistik kerjaya (melalui 2022) | ||||||||||||||
| Rekod menang–kalah | 12–6 | |||||||||||||
| Purata peroleh larian | 2.10 | |||||||||||||
| Strikeout | 241 | |||||||||||||
| Pasukan | ||||||||||||||
| ||||||||||||||
| Kerjaya cemerlang dan anugerah | ||||||||||||||
| ||||||||||||||
Pingat
| ||||||||||||||
Rōki Sasaki (佐々木 朗希, Sasaki Rōki, lahir 3 November 2001), nicknamed "Gergasi Zaman Reiwa" (令和の怪物, reiwa no kaibutsu) merupakan pemain besbol Jepun yang beraksi sebagai pelempar untuk pasukan Chiba Lotte Marines dari Nippon Professional Baseball (NPB). Beliau telah melakukan kemunculan sulungnya di NPB pada 2021.
Sasaki telah mencatatkan rekod baru besbol di peringkat sekolah tinggi Jepun dengan kelajuan fastball sepantas 163 kilometer per jam (101 mph). Marines telah menamakan Sasaki sebagai pelempar utama bagi draf NPB 2019. Sehingga tahun 2021, beliau dapat melakukan penampilan sulungnya di NPB bersama Marines. Beliau berjaya melakukan "perfect game" pada 10 April 2022 serta mengikat rekod strikeout terbanyak dalam satu perlawanan NPB serta menghasilkan rekod baru untuk bilangan strikeout berturut-turut. Pada tahun 2023, beliau sebahagian daripada pasukan kebangsaan Jepun yang menjuarai kejohanan World Baseball Classic 2023.
Semasa peristiwa gempa bumi Jepun 2011, beliau pada masa itu darjah tiga menyaksikan tsunami yang meranapkan rumahnya. Bapa dan datuknya telah terkorban manakala Sasaki bersama ibu dan dua orang adik beradiknya selamat di rumah penjagaan. Keluarga beliau berpindah ke Ōfunato pada tahun berikutnya dan Sasaki mula bermain besbol di sekolah barunya.
Sasaki telah digelar "Gergasi Zaman Reiwa" (Reiwa no Kaibutsu 令和の怪物) kerana kemampuannya menghasilkan fastball sepantas 163-kilometre-per-jam (101 mph) ketika zaman persekolahan. Kelajuan fastball Sasaki telah meleburkan rekod yang dicatatkan oleh Shohei Ohtani dan semenjak itu, Sasaki mula dibandingkan dengan Ohtani. Nama gelarannya itu sebenarnya merujuk kepada Daisuke Matsuzaka yang pernah dikenali sebagai "Gergasi Zaman Heisei".