Chiba Lotte Marines

Chiba Lotte Marines
千葉ロッテマリーンズ
Fail:Chibalottemarineslogo.png
Logo pasukan Lencana topi
Maklumat
LigaNippon Professional Baseball
Liga Pasifik (1950–kini)
LokasiMihama-ku, Chiba, Chiba, Jepun
StadiumZOZO Marine Stadium
Tahun penubuhan26 November 1949 (1949-11-26)
Nama gelaranKamome (鴎, camar)
Pennant PL 5 (1950, 1960, 1970, 1974, 2005)
Kejuaraan Japan Series4 (1950, 1974, 2005, 2010)
Nama lama
  • Lotte Orions (1969–1991)
  • Tokyo Orions (1964–1968)
  • Mainichi Daiei Orions (1958–1963)
  • Mainichi Orions (1950–1957)
Stadium lama
  • Kawasaki Stadium (1978–1991)
  • Miyagi Stadium (1973–1977)
  • Tokyo Stadium (1962–1972)
  • Korakuen Stadium (1950–1962)
WarnaHitam, putih
         
MaskotMar-kun, Rine-chan, dan Zu-chan
Kemunculan playoff
  • 1974
  • 1977
  • 1980
  • 1981
  • 2005
  • 2007
  • 2010
  • 2013
  • 2015
  • 2016
  • 2020
  • 2021
Nombor tidak digunakan
  • 26
PemilikanKatsumi Kawai
PengurusanLotte Holdings
PengurusMasato Yoshii
Seragam

Chiba Lotte Marines (千葉ロッテマリーンズ, Chiba Rotte Marīnzu) merupakan pasukan besbol profesional Jepun yang berpusat di Chiba. Pasukan ini telah dimiliki oleh Lotte Holdings Co., Ltd. Pasukan Marines merupakan anggota pengasas Liga Pasifik pada 1950 ketika menggunakan nama Mainichi Orions. Sejak tahun 1992, gelanggang pasukan ini ialah ZOZO Marine Stadium yang terletak di Mihama Chiba yang memuatkan 30,118 orang.

Nama "Marines" berasal daripada nama stadium mereka beraksi yang secara rasminya dikenali sebagai Stadium Marine Chiba kerana stadium itu terletak di atas air.

Pasukan ini mula diasaskan pada 1950 sebagai Mainichi Orions. Kemudian pada 1958, mereka bertukar nama kepada Daimai Orions, Tokyo Orions pula pada tahun 1964, beralih kepada Lotte Orions pada 1969 dan akhirnya mengguna pakai nama Chiba Lotte Marines sejak 1992. Pasukan ini telah dinobatkan sebagai juara Liga Pasifik sebanyak enam kali (1950, 1960, 1970, 1974, 2005 dan 2010). Pada masa yang sama, mereka turut meraih empat kejuaraan Japan Series iaitu pada tahun 1950, 1974, 2005 dan 2010.

Sehingga tahun 2022, rekod pasukan ini sepanjang zaman ialah 4,733-4,701-394 (.501).